fbpx

“Lakonan Tu Kerja Kau, Jangan Ingat Kau Special”

Sedang kecoh diperkatakan apabila ada segelintir artis yang berharap agar kerajaan tidak memingirkan penggiat seni serta diberkan bantuan khas. Namun berbeza buat Sweet Qismina yang menganggap dirinya hanya rakyat biasa yang bekerja sebagai pelakon.

Menerusi perkongsiannya di Twitter, bekas pelakon kanak-kanak itu berkongsikan pesanan dari ibunya yang sering mengingatkannya bahawa lakonan itu adalah pekerjaannya dan jangan pernah merasakan diri istimewa.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan kenyataan Sweet dan memuji cara didikan ibu pelakon itu yang sentiasa mengingatkannya agar tidak lupa diri.

Dalam pada itu, ramai yang berharap agar semua artis mempunyai fikiran seperti ini dan sentiasa merendah diri. Malah, ramai mendoakan agar Sweet terus berjaya dan menyinar di dalam industri hiburan tanah air.