fbpx

Membawa watak seorang wanita garang menerusi drama Nusyuz Berkiblat Cinta, pelakon Emma Maembong berkata dia akan cuba berehat seorang diri sebelum pulang ke rumah selepas penggambaran.

Menurut Emma, dia bimbang terbawa-bawa karakter tersebut dan mengakui watak tersebut benar-benar mengubahnya menjadi individu yang berbeza.

BACA: Netizen Puji Adik-Beradik Emma Maembong Semua Cantik-Cantik

“Saya takut terbawa-bawa watak ini sehingga memberi kesan kepada keluarga. Jadi apabila tiba di rumah saya akan terus berehat dan jauhkan diri dari keluarga. Saya akan ambil masa bersendirian dahulu.

“Ada masanya saya dapat rasakan diri saya menjadi seorang yang cepat marah sehingga tinggikan suara dengan pembantu peribadi,” katanya.

Dalam pada itu, Emma sentiasa mengingatkan dirinya bahawa itu hanyalah lakonan dan tidak terus melayan emosi cepat marah.

“Saya akan ingatkan diri saya ini hanyalah lakonan dan sikap baran itu bukan diri seorang Emma Maembong. Saya perlu cepat-cepat tukar karakter apabila tamat satu babak.

“Selain itu saya sentiasa cuba untuk jadi seorang yang periang dan kacau orang di set penggambaran. Kalau saya terus diam bersendirian bimbang watak yang dibawakan akan kekal dalam diri saya,” katanya.