"Suka Banget Lagu Ini, Tiap Hari Aku Dengerin"
Jika di laman YouTube lagu Di Matamu dendangan Sufian Suhaimi sudah mencecah lebih dari 53 juta tontonan, kini khabarnya lagu putus cinta itu sudah mulai viral di negara jiran, Indonesia pula.
BACA: “Gambar-Gambar Itu Bukti Saya Sudah Move On”
Menerusi ruangan komen, ramai peminat Sufian dari Indonesia memaklumkan lagunya itu amat disukai di negara jiran. Bahkan ramai memuji alunan muzik lagu berkenaan hinggakan hari-hari mendengarnya!


Terdahulu persembahan lagu Di Matamu di malam AJL33 telah memukau mata peminat dengan persembahan yang begitu syahdu dan idea gimik yang hebat memaparkan props dari pelamin Elfira Loy.
Biarpun ramai yang mengkritik idea gimik yang digunakan Sufian, namun sejak hari pertama lagu Di Matamu berada di YouTube, lagu berkenaan telah mendahului tontonan paling ramai.
Untuk pengetahuan tidak ramai selebriti Malaysia yang mampu menembusi pasaran Indonesia, hanya sebilangan sahaja seperti Datuk Siti Nurhaliza, kumpulan Slam, Iklim dan Search. (rtky/w)
- SUMBER
- Beautiful Nara
Tahniah pian..di sebalik kejadian ada hikmah nye..ini lah hikmah nye..inilah rezki mu..
Tahniah pian. Jgn lps ni ko berkarok dgn gadis korea atau cewek indonesia. Mau aku sekeh. Jd kan kjayaan ni utk buat kebaikan
Lagu Kak Mitch dan Pian di AJL viral di Indonesia…
Mari kita pakat2 vote Pian utk Anugerah Melatop…ayoh.
aduhh pian patot sebelum launch lagu ni kena ade official utube sendiri, kalau x sure2 da dpt berjuta dr utube sebab lagu almost hit 60mil.
Sangat betul. Saya kerja di syarikat social media. Memang free free la siapa yang pi upload tu selain Pian. Dia patut dapat % sikit.
Terbaek pian..murah rezeki…tingkat kn vokal lg…
Bila sesuatu tu di buat dengan QUALITY dan terbaik…..
Seperti AJL, semua pihak mahu buat sesuatu yang terbaik. Pihak luar mula mengiktiraf hasil kita. Jika dulu pihak luar boleh buat sekatan keatas artis artis Malaysia. Zaman social media youtube etc. Pihak negara jiran tidak dapat buat sekatan keatas hasil seni Malaysia.
Ini lah yang kita patut lakukan.
Berita ini lah sepatutnya kita celebrate bukan pasal retis buat hal. Semua artis dan karyawan seni Malaysia sepatutnya focus untuk hasilkan sesuatu berqualiti.
So ahli karyawan seni (lakonan, nyanyian etc).. Sentiasa buat yang terbaik…. Formula kejayaan yg di guna pakai orang Korèa dengan Kpop nya.
Lagu siti sarah tak viral ke?..i suka suara dia part yg bunyi macam kerbau tu..erni zakri ajar teknik ape mcm tu.
Pian, go international. Lagu ini sesuai di terjemahkan dlm bahasa Mandarin, Jepun & Korea. Pergi Embassy/Kedutaan berkaitan utk terjemahkan. Melodinya cukup sedap.
Go go baby pian.. u can du-it