fbpx

Lagu Remix Malaysian Boy: Kanye West Akan Saman Altimet?

Jawapan pendek untuk masa ini, tidak.

Kenapa kami katakan masa ini, kerana kita semua belum tahu situasi sebenar di’sebalik semua ini.

Belum seminggu video rasmi Malaysian Boy, lagu remix kolaborasi yang di’kepalai oleh Altimet mencecah Youtube, khabar angin mula bertebaran.

Ini semua gara gara irama & sususan lagu Malaysian Boy ini di’katakan meniru bulat bulat lagu popular Kanye West bersama Estelle, American Boy.

Kami yang mengikuti timeline Twitter Altimet sejak petang tadi mendapati rapper terkenal Malaya ini tidak mengeluarkan apa apa kenyataan rasmi tentang hak cipta lagu Malaysian Boy.

Video klip Malaysian Boy & lagunya di’cipta bersempena dengan Konsert Suara Kami yang bakal berlangsung 17 September ini.

Menurut pengarah video klip ini, proses keseluruhan penghasilan video klip ini mengambil masa 10 hari sahaja. Agak singkat pada hemat kami yang buta seni ini untuk memasukkan proses ‘minta izin’ dari karya asal.

Ini bukan satu satunya kontroversi berkaitan konsert Suara Kami yang muncul. Poster awal konsert ini ada menyiarkan imej Far East Movement & pihak Astro mengesahkan kehadiran mereka sebelum pihak Far East Movement sendiri menafikan penglibatan mereka.

Video klip Malaysian Boy oleh Altimet & rakan rakan selepas ini. Dan juga American Boy oleh Estelle & Kanye West. Enjoice!