fbpx

Lagu Raya Juliana Evans Dan Natasha Hudson Tidak Sempat Siap

Ya, kami masih di’sini. Semalam seharian meredah banjir manusia mencari baju raya, hari ini kembali ke meja menulis berita untuk anda.

Natasha Hudson kami faham, masih mahu mencuba nasib dalam dunia nyanyian walaupun single pertama beliau penuh kontroversi plagiat.

Juliana Evans tidak pula kami tahu beliau mempunyai vokal untuk menyanyi.

Dan, tidak pernah pula kami dengar hasrat beliau untuk menyanyi.

Khabarnya, sebulan yang lepas, dua selebriti kacukan Malaya ini merakamkan lagu raya bersama namun sehingga hari ini, lagu tersebut tidak sempat siap.

Tidak dapat di’pastikan sama ada mereka berdua merakamkan duet atau masing masing mempunyai single raya sendiri namun yang di’khabarkan lagu ini berkonsepkan moden & di’selitkan rap.

Gambar Juliana Evans sedang merakamkan lagu dalam studio di’sebelah kami jumpa di Twitter & rasanya kita tunggu tahun depan sahaja untuk dengar suara Juliana Evans dalam lagu raya. via HM