fbpx

Fazura Tonton Konsert Adele Di Jerman, Netizen Tanya Mana Fattah Amin

Baru-baru ini tular video di TikTok pelakon dan penyanyi Fazura menonton konsert penyanyi antarabangsa Adele di Munich, Jerman.

Menerusi video itu, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu dilihat mengenakan pakaian serba hitam bersama pengurusnya Iman Tang berada di kawasan perkarangan konsert berkenaan.

BACA: “Kami Okey, Cuma Tiada Masa Tunjuk Kemesraan” – Fazura

@kl.viral

Wow betul ke Fazura berada di Munich sekarang!? #klviral

? skyfall one night only – adele

Seperti sudah dijangka, video tular itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mempersoalkan ketiadaan Fattah, malah ada yang mempertikai tindakan pelakon itu ke konsert berkenaan tanpa suaminya.

Turut menjadi perhatian komen netizen yang mendakwa Fazura telah unfollow penata gaya peribadinya.

“Kelakar betul. Kenapa orang marah Fazura pergi dengan Iman Tang. Sahlah itu manager (pengurus) dia. Dia siap bawa anak isteri lagi Iman tu.

“Mungkin pergi sendiri. Lagipun Faz (Fazura) dah unfollow (nyah ikut) stylist (penata gaya) dia. Jadi faham-faham saja.

“Kenapa perlu ada masa untuk diri sendiri, kalau dulu cakap pergi tandas pun sudah rindu,” tulis netizen.

Bagaimanapun, ada yang mempertahankan Fazura dengan mengatakan tiada salahnya untuk dia ke luar negara tanpa suami dan ada yang hairan mengapa menjadi isu untuk Fazura menonton konsert berkenaan.

SUMBER: Kosmo