fbpx

Tahukah anda yang hanya 26% sahaja atau kira-kira 364,000 pembayar zakat di Selangor. Sedangkan 1.4 juta penduduk Selangor layak berzakat tetapi belum terpanggil untuk melakukan kewajipan. Apa akan jadi agaknya kepada status kemiskinan di Selangor jika keseluruhan jumlah tersebut menjalankan tanggungjawab berzakat untuk zakat harta?

Menunaikan zakat ni adalah perkara wajib yang terkandung dalam Rukun Islam. Oh anda ingatkan zakat fitrah di bulan Ramadan sudah cukup untuk memenuhkan rukun Islam? Tidak.. Zakat fitrah hanyalah sebahagian daripada tanggungjawab anda.

Dalam Islam, berzakat terbahagi kepada dua, iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Kedua-duanya wajib ditunaikan. Zakat fitrah di bulan Ramadan dan zakat harta sepanjang tahun. Ianya ibadah yang bersifat kebajikan kepada orang yang memerlukan seperti fakir, miskin dan orang yang dalam kesempitan hidup. Bayangkan jika kita semua di Selangor saling bantu membantu melalui zakat.. Semestinya banyak kehidupan yang mampu kita tambah baik bersama.

Rezeki Tak Pernah Cukup?

Pernah tak suatu hari anda merasa seperti rezeki tak cukup dan rasa tersangkut? Rasanya dah buat kerja sehabis baik dah tapi tetap juga merasa hati tak tenang dan jiwa kosong. Ada jer tak kena…hmm.

Kalau berniaga pula, mesti akan ada hari perniagaan anda kurang memberangsangkan. Tiba-tiba pula tu. Biasa jadi tak? Haa…mesti pernah kan?

Nak tahu tak kenapa? Ini mungkin disebabkan anda kurang berkongsi rezeki bersama orang lain terutamanya tanggungjawab dalam berzakat. Apa kata anda kongsikan sedikit hasil keuntungan anda tu untuk keberkatan dan kelancaran perniagaan. InshaAllah anda akan rasa kelainannya nanti. Jangan rasa rugi bila berzakat! Kalau tak percaya, cubalah!

Bantu Urusan Hidup

Sebenarnya kalau kita membayar zakat ni bukannya hanya dapat membantu orang lain di sekeliling, malah urusan hidup kita menjadi lancar dan diberkati.

Bayangkan orang lain tengah struggle nak cari duit untuk makan…dengan life kais pagi makan pagi, mungkin dengan bayaran zakat daripada kita ini dapat memberikan sinar harapan kepada mereka.

Jumlah kutipan yang lebih besar mampu untuk membantu memapah lebih ramai asnaf untuk terus berjuang keluar daripada kemiskinan. Pastinya kesan yang lebih besar akan dirasakan jika semua pihak menghulurkan bahagian masing-masing.

Dalam agama Islam pun ada mengajar kita untuk bersikap tolong-menolong antara satu sama lain. Jadi, melalui berzakat inilah salah satu tindakan yang anda boleh buat untuk menolong mengurangkan beban mereka.

Dengan bantuan zakat, sekurang-kurangnya mereka mendapat sedikit sebanyak sokongan moral dan kasih sayang daripada saudara sesama Islam. Melalui sistem zakat, golongan yang kekurangan dan dalam kesempitan dapat menyempurnakan serba sedikit kehidupan mereka sekeluarga.

Percaya atau tak, inilah tips dan cara mudah untuk anda ubah nasib. Biasakan diri dengan berkongsi seikhlas hati untuk keberkatan rezeki yang berpanjangan!

Layak Berzakat

Oh ya, untuk pengetahuan anda, hanya 26% sahaja atau kira-kira 364,000 pembayar zakat di Selangor, sedangkan 1.4 juta penduduk Selangor layak berzakat tetapi belum terpanggil untuk melakukan kewajipan.

Jadi kempen Kongsi Rezeki dengan Zakat dari Lembaga Zakat Selangor telah dilaksanakan bagi memberi ruang kepada pembayar zakat untuk menunaikan kewajipan mereka serta lebih cakna tentang zakat. Lagi ramai yang menunaikan zakat, lagi ramai yang boleh dibantu!

Kongsi Rezeki 2.5%

Kongsi Rezeki dengan zakat membawa konsep di mana perkongsian 2.5% anda melalui 10 jenis zakat harta itu memberi impak besar dan banyak perubahan dalam kehidupan asnaf yang memerlukan di Selangor.

2.5% perkongsian anda yang disalurkan melalui bantuan seperti bantuan makanan bulanan, bantuan rumah sewa dan bantuan pendidikan telah memberi kehidupan baru kepada sesetengah keluarga dan individu. Perkongsian anda boleh mengubah mereka dari penerima zakat kepada pembayar zakat in sha Allah.

Kempen ini adalah untuk mendorong warga Selangor bagi melunaskan zakat harta di hujung tahun.

Bantu Warga Selangor Bayar Zakat

LZS amat peka dengan keperluan anda sebagai pembayar zakat. Jadi bagi memudahkan urusan anda memenuhi tuntutan agama dan kewajipan zakat ini, aplikasi zakat serta Direct Debit dilaksanakan bagi membantu anda warga Selangor untuk menguruskan zakat secara atas talian atau online sahaja.

Tak perlu lagi beratur panjang di cawangan zakat ataupun mencari amil berdekatan. Melalui platform tersedia oleh LZS, anda boleh mengira zakat dengan tepat, membayar zakat dan dapatkan resit zakat hanya di hujung jari. Tidak perlu ragu-ragu kerana perkongsian anda akan sampai tepat pada tangan asnaf setelah agihan dilakukan oleh pihak Amil di LZS.

Anda nak bayar zakat secara ansuran bulanan pun boleh! Urusan dalam menunaikan kewajipan membayar zakat itu telah dipermudahkan melalui potongan ‘Auto Debit’ yang telah disediakan. Medium ini memudahkan penduduk Selangor untuk kekal membayar zakat pendapatan secara istiqamah. Kesempurnaan zakat itu bukan sahaja pada zakat fitrah, tapi juga pada kesempurnaan zakat harta seseorang. Auto kan senang?

Menang Hadiah Menarik!

Oh ya gais, sebelum 31 Disember ini, wang tunai keseluruhan RM6,000 mungkin boleh menjadi milik anda jika anda bertuah ketika melunaskan zakat harta seperti zakat pendapatan atau zakat perniagaan.

Pembayar zakat di Selangor berpeluang memenangi hadiah menarik dan akan dikreditkan dalam akaun AKAUN AL AWFAR BANK ISLAM untuk memberi semangat bagi terus membayar zakat. Menerima dalam memberi dan berkongsi. Indahnya Islam kan? Jadi jangan lupa teruskan membayar zakat yer.

Keberkatan zakat itu bukan sahaja boleh dirasai dalam penambahan dan kesucian rezeki selepas berkongsi, tetapi nikmat apabila melihat orang lain bahagia dapat meneruskan hidup atas sedikit perkongsian kita. Sedikit bagi anda, segalanya buat mereka.