Berita baik buat semua peminjam PTPTN! Seperti yang diumumkan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2023 pada Februari lepas, kerajaan memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 31 Mei depan.
Diskaun yang diberikan ini menunjukkan komitmen Kerajaan dalam menyokong usaha PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi memastikan kebajikan para peminjam terpelihara dan wujudnya kelestarian dana pinjaman pendidikan untuk generasi akan datang.
Pelaksanaan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN ini diberikan sehingga 20 peratus berkuatkuasa mulai 1 Mac 2023 hingga 31 Mei 2023 (3 bulan), meliputi (4) kategori seperti berikut:
1. Penyelesaian penuh – 20% atas baki hutang
2. Diskaun 15% bagi penyelesaian sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan baki hutang
Anda yang ingin membuat bayaran penuh pinjaman atau 50 peratus daripada baki hutang perlu terlebih dahulu membuat pengesahan baki pinjaman melalui aplikasi myPTPTN atau portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN sebelum membuat bayaran balik melalui saluran bayaran yang telah disediakan.
3. Potongan gaji dan direct debit – Diskaun 15% mengikut jadual bayaran balik
Peminjam yang sedang membuat bayaran balik melalui potongan gaji atau Debit Terus akan diberikan diskaun 15 peratus secara automatik.
4. Bayaran melalui aplikasi MyPTPTN – Diskaun 5%
Dengan adanya insentif ini, para peminjam PTPTN dapatlah merebut peluang untuk membuat bayaran balik pinjaman sekarang. Tempoh diskaun adalah terhad! Jadi, anda kena rebut peluang keemasan ini.
Macam mana nak dapatkan diskaun ini? Anda boleh membuat bayaran balik pinjaman melalui aplikasi myPTPTN. Tapi, bagaimana caranya? Mudah sahaja gais, ikuti langkah mudah di sini.
Anda juga boleh memuat turun aplikasi myPTPTN melalui “App Store” bagi pengguna iOS, “Play Store” bagi pengguna Android dan “Huawei AppGallery” bagi pengguna Huawei. Daftar secara percuma. Bayaran balik pinjaman anda lebih mudah, cepat dan selamat!
Info lanjut layari budget.mof.gov.my/manfaat/