Setiap kali selebriti beragama Islam bergambar dengan anjing, pasti menjadi isu hangat.

Kami pasti kali ini juga tidak berkecuali & untuk edisi terkini, ianya giliran pelakon bernama Nanu Baharudin.


Gambar gambar kemesraan keluarga Nanu Baharudian bersama anjing peliharaan mereka bernama Kesha ini di’upload sendiri ke Facebook beberapa bulan yang lepas.

Bukan seekor yang kami lihat, namun terdapat seekor lagi anjing comel yang kami sendiri tidak tahu jenisnya bernama Miley.

Rasanya kami sudah bersedia untuk menerima jawapan standard dari Nanu Baharudin selepas ini jika isu ini berjaya di’bawa ke media mainstream.

Cuma kami berpendapat, jika benar mahu pelihara haiwan comel ini & anda seorang public figure, tidak perlu rasanya tunjuk di Facebook. Mengundang kontroversi.

Lagi gambar Nanu Baharudin bersama Kesha selepas ini. Jangan kita pula menghukum, cuma enjoice!

via Diari Artis