fbpx

“Kylie Jenner Badan Macam Ni Boleh Pula Korang Terima”

Berkongsikan foto terbarunya, ramai yang mengkritik bentuk badan Atikah Suhaime yang dikatakan semakin gempal dan berisi. Bagaimanapun, Atikah tetap tenang dengan komen-komen netizen mengenai tubuh badannya itu.

Mungkin kecewa dengan kritikan netizen, Atikah dilihat meluahkan rasa menerusi Insta Stroy apabila ramai yang memuji bentuk badan bintang Hollywood Kylie Jenner meskipun berisi, tetapi saiz badannya pula disifatkan sebagai ‘gemuk’.

BACA: Netizen Teruja Atikah Suhaime Belanja Foto Terbaru

Terdahulu, Atikah ada memuat naik fotonya memakai gaun kuning pendek berserta ucapan tahun baru kepada pengikutnya. Rata-rata netizen memuji kecantikannya dalam masa sama mengatakan pelakon itu semakin berisi dan gemuk.

Tidak mempedulikan dengan kata-kata negatif netizen, Atikah berkata dia sebenarnya ‘senang’ membaca komen-komen tersebut. Malah, Atikah turut meminta maaf jika foto tahun barunya mengecewakan netizen.

Bagaimanapun ramai yang memuji Atikah lebih cantik berisi sebegitu dan memiliki bentuk badan yang cantik. Kata netizen lagi, mereka lebih gemarkan bentuk badannya yang sekarang berbanding sebelum ini yang dilihat terlalu kurus.