fbpx

“Kurus Ke, Berisi Ke, Fasha Tetap Seksi Di Mata Saya”

Penampilan terkini pelakon Fasha Sandha menjadi bualan ramai apabila dilihat tampil langsing dan cantik sekaligus membuatkan ramai wanita terpegun serta menjadikan inspirasi.

Memetik Harian Metro, bagi suami kepada aktres itu iaitu Aidil Aziz berkata isterinya itu sentiasa seksi di matanya sama ada kurus atau pun berisi.

BACA: Fasha Sandha, Aidil Aziz Beraksi Mesra Dalam Kolam

Menurut Aidil lagi, sukar dia menjawab dakwaan mengaitkan isterinya yang dikatakan berpenampilan seksi sejak semakin kurus.

“Dia (Fasha) tak kurus pun, dia tetap seksi pada pandangan mata saya. Jadi, saya tak tahu nak komen macam mana bila orang nak pandang dia itu ke, ini ke. Sebab pada saya, isteri saya sentiasa seksi,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan Fasha lebih menyerlah, Aidil mengakui isterinya itu memang pelakon wanita terbaik serta banyak belajar dari isterinya.

“Dia adalah seorang pelakon senior daripada saya dan dia sangat jauh lebih baik daripada saya dari segi kualiti lakonan dan komitmen

“Saya sebagai suami dan pelakon juga, saya sendiri banyak belajar dengan dia dan dia juga banyak memberi pandangan positif terhadap dunia lakonan.

“Apapun, saya sebenarnya tak kisah apa orang nak cakap, yang penting macam mana pun, dia adalah isteri saya dan saya adalah suami dia sebab kami nakkan kebahagiaan. Jadi, janganlah fikir apa orang nak cakap,” katanya.