fbpx

Fasha Sandha, Aidil Aziz Beraksi Mesra Dalam Kolam

Pelakon Fasha Sandha dilihat ada memuat naik video mesra bersama suaminya, aktor Aidil Aziz di Instagram sekaligus menjadi perhatian ramai.

Menerusi entri itu, Fasha dan Aidil dilihat memaparkan aksi romantas dalam sebuah kolam berserta kapsyen romantis.

BACA: “Gemuk Atau Kurus, Saya Tetap Joget” – Fasha Sandha

Pada akhir video itu turut tertera satu tarikh 16 September dipercayai merupakan satu bentuk promosi produk.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Seperti sudah dijangka, video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang mengegur tindakan pasangan itu agar tidak mempertontonkan kemesraan kepada umum meskipun sudah berkahwin.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan mahu ‘unfollow’ aktres itu susulan video tersebut disifatkan agak berlebihan. 

Malah, ada yang mengecam Aidil kerana membiarkan orang ramai melihat aurat isterinya. Tidak kurang juga, ada yang mendakwa Fasha semakin menjadi-jadi semenjak kurus.