Setiap pasangan mempunyai cara dan erti kebahagiaan mereka sendiri dan kehidupan berumah tangga. Ada yang mungkin bahagia apabila menerima hadiah barangan kemas, namun ada yang mementingkan ikatan keluarga.
Baru-baru ini, perkongsian pelakon Fasha Sandha di Insta Story menjadi perhatian ramai apabila memberitahu kurang sukakan barang kemas dan aksesori.
BACA: Nampak Macam Baby Bump, Fasha Sandha Hamil Anak Keempat?
Fasha berkata dia seorang yang sederhana dan erti bahagia buat dirinya apabila dapat meluangkan masa bersama suami tercinta serta berada disisi pelakon Aidil Aziz.
“Erti kebahagian untuk setiap wanita memang berbeza. Ada yang bahagia bila dapat emas, ada yang bahagia bila dapat beg mahal. Bagi saya, ini adalah kebahagian saya itu masa dan kasih sayang bersama suami,” katanya.
Menerusi perkongsiannya itu, Fasha turut memuat naik gambar suaminya sedang mengurut kakinya.
Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil Aziz pada Mac 2019. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira. Fasha turut mempunyai 2 lagi orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu