Kumpul Saham Akhirat, Shuib Tubuh Yayasan Bantu Orang Susah
Teruk dihentam kerana menyuarakan pandangan golongan selebriti perlu bantuan khusus daripada kerajaan, pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu mahu ‘menebus’ kesilapannya itu dengan melancarkan Yayasan Bubble Bee untuk membantu golongan yang memerlukan.
Menurut Shuib, idea menubuhkan yayasan itu timbul ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac lalu. Ujarnya, sebahagiaan hasil daripada perniagaan minuman Bubbe Bee yang diusahakannya akan disalurkan ke yayasan itu.
BACA: Shuib Hulur Bantuan Untuk Kerja Amal Ustaz Ebit Lew
“Idea menubuhkan yayasan ini tercetus ketika kita berada dalam tempoh PKP. Ketika itu saya memberi bantuan kepada golongan memerlukan. Namun, perkara itu mengundang kritikan warganet kononnya saya mahu buat ‘damage control’.
“Memandangkan saya ada perniagaan minuman Bubble Bee, jadi saya terfikir kenapa tidak menubuhkan yayasan. Kiranya, aktiviti bantuan ini akan dibuat secara berterusan dan bukannya sementara.
“Apa saya akan buat adalah, daripada perniagaan itu saya ketepikan sedikit bahagian untuk yayasan berkenaan. Contoh dari hasil jualan harian, cendrahati Bubble Bee dan lebihan duit baki yang pelanggan masukkan dalam tabung,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, Shuib berkata dia akan mewajibkan setiap cawangan dan cawangan kerjasama yang dibuka melakukan perkara sama. Menerusi yayasan itu, Shuib merancang untuk membuat program kebajikan masyarakat (CSR) pada setiap bulan.
“Disebabkan saya nak buka banyak cawangan, saya terfikir setiap daripada itu diwajibkan menjaga satu rumah kebajikan. Walaupun jumlah disumbangkan tak banyak, tapi kalau berterusan ia pasti bermanfaat dan membantu.
“Alhamdulillah, perkara itu disambut baik setiap rakan kerjasama yang membuka cawangan. Mereka bersetuju dan tak bantah pun. Sekurang-kurangnya ada juga saham akhirat,” katanya.
Difahamkan, Shuib bakal membuka enam lagi cawangan Bubble Bee dan menyasarkan 28 cawangan dibuka pada tahun ini.
- SUMBER
- Harian Metro
Satu usaha yang baik dan perlu disokong
Nak org sokong balik bisnes dia ler tu. Lps ni jaga2 bila bt statement.. Dh buat netizen marah, mula la nak ambil alih tugas unicef agih bantuan.
Benda positif elok disokong. Tak perlu ungkit bnda lpas…semua org buat salah kan. Klau tiap kali salah diungkit…bila nk maju???
Kahx3…kena setempak sama Anju terus berbakti ko ahhaaha
kalau semua artis2 yg kekonon yg social media influencer tayang handbeg channel, prada..dari new york, paris, dubai berbagai tu bergabung aman dah malaysia ni. Tu belum ahli2 politik yg berjuta saham, bond, yayasan itu ini. Kiter ni warga prelove je wak huhu
Nie geng Azizan Oseman kannn?
Strategi pemasaran ambil hati netizen dulu agar sales canak?
Cara2 artis/ founder timbang kilo Msia meningkatkan momentum sales:
Takzkirah pagi2 subuh
Pakai tudung/ selfie sejadah telekung..caption “done maghrib”… lol
Tunjuk sayang bini yg melampau.
Tunjuk kereta, shopping, hadiah, holiday 5star.
Buat video membebel tarik followers
Buat kebajikan, ambik gambar masuk kampung/felda setahun sekali
Buat live lepas solat.. telekung/jubah tak buang lgi yer wakaka
Sembang ala2 sufi cakap pasal ketuhanan, rezeki, ..kikikih
alhamdulillah. ini yang contoh patut kite contohi dan sokong. teruskan perjuangan abangku.
org belakang tabir mcm mana? haritu pung pang pung pang
x tunggang x sah
Anak didik zizangsemang hmm
Bagus semoga duduk dediam. Ajak Black skali tau!
Gila lah byk lembu2 saiko yg termakan fitnah anjubo syiah… semuanye gara2 nak up followers utk jual produk merkuri kilo…