fbpx

Bagi yang mementingkan kecantikan kulit wajah, anda semestinya seorang yang cerewet dalam pemilihan produk muka bukan? Kami yakin dari segi pemilihan pencuci muka sehinggalah krim malam pasti anda akan teliti sehabis mungkin untuk jadikan kulit anda selembut sutera dan secantik bidadari.

Namun tahukah anda, jika anda masih belum memilih barangan kegilaan wanita Jepun Hatomugi Skin Conditioning ini bermakna kulit muka anda belum cukup sempurna untuk jadikan kulit anda lembut dan segar sepanjang masa.

Jika sebelum ini, anda pernah mencuba pelbagai jenis toner daripada produk lain, namun hasilnya sangat mengecewakan anda. Tak mengapa, kali ini anda cuba berjinak-jinak dengan Naturie Hatomugi Lotion (500ml) yang bertindak sebagai toner pada kulit wajah anda.

Apa Yang Menarik Dengan Naturie Hatomugi Lotion Ni?

Okey, sebelum anda mencuba skincare yang bakal buat anda jatuh cinta ini, biar kami terangkan apa yang bestnya tentang Naturie Hatomugi Lotion daripada Hatomugi Skin Conditioning ini.

Pada asalnya nama Hatomugi ini dipetik daripada bahasa Jepun yang bermaksud tumbuhan ataupun tanaman yang memberikan kesihatan baik kepada manusia. Jadi tidak harianlah logo pada botol yang bersaiz 500ml ini tertera visual tumbuhan.

Barangan yang diperbuat daripada tumbuhan biasanya sangat bagus dan berkesan untuk kulit wajah mahupun tubuh badan. Secara tidak langsung Naturie Hatomugi Lotion yang diperbuat daripada tumbuhan ini mampu memberikan kesegaran, keremajaan pada kulit wajah, sekaligus menjadikan kulit wajah lebih anjal hanya dengan satu sapuan sahaja.

Jangan tak tahu, teksturnya yang ringan dan bebas daripada bahan perwarna serta wangian ini sangat sesuai untuk kesemua jenis kulit. Benda inilah yang diidamkan oleh semua golongan wanita tanpa mengira peringkat umur!

Bagi anda yang inginkan kulit wajah sentiasa cantik dan segar, selepas cuci muka tu jangan lupa untuk sapukan Naturie Hatomugi Lotion setiap hari. Hasilnya sangat WOW!

Takkan Toner Sahaja, Pelembab Wajah Tak Ada Ke?

Tidak lengkap sekiranya anda sudah miliki pencuci wajah, toner tapi tiada pelembab wajah. Dengan Hatomugi Skin Conditioning anda boleh rasai sendiri krim pelembab wajah Naturie Hatomugi Gel yang akan menyempurnakan lagi kulit wajah anda setiap hari.

Naturie Hatomugi Gel ini bertindak sebagai melindungi permukaan kulit dengan sempurna, membersihkan jerawat dan mencerahkan kulit wajah sekaligus dapat melicinkan kulit wajah anda.

Produk yang diperkayakan dengan Vitamin B1 dan B2 ini juga menghasilkan penyerapan pada kulit dengan cepat dan sangat sesuai untuk anda yang tidak gemar menunggu lama ketika makeup.

Cara untuk apply Naturie Hatomugi Gel yang bertindak sebagai pelembab kulit wajah ini sangat mudah dan cepat. Hanya ambil gel ini sebesar duit syiling 20 sen dan sapu di sekitar wajah anda pada waktu pagi dan malam. Lagi bagus jika anda gunakan bersama tonernya.

Miliki tekstur seperti jelly puding ini akan buat anda lebih selesa untuk amalkan setiap hari! Nak cantik haruslah apply Naturie Hatomugi Lotion bersama Naturie Hatomugi Gel setiap hari.

Selepas beberapa hari anda apply dua produk ini diwajah anda sudah boleh berangan seperti permaisuri yang digilai putera raja! Best kan?

Di Mana Untuk Dapatkan Produk Menarik Ini?

Ala tak susah pun untuk dapatkan produk kecantikan kegilaan ramai ini. Anda hanya perlu terjah Watsons dan grab sahaja berapa banyak yang anda mahukan.

Jika anda tiada masa untuk ke Watsons tu, tekan sahaja di sini untuk dapatkan Naturie Hatomugi Lotion (500ml) atau Naturie Hatomugi Gel (180g) secara dalam talian.

Jadi tunggu apa lagi, jomlah cantik sama-sama!