fbpx

“Kulit Terbakar, Rambut Gugur Selepas Buat Radioterapi”

Menyepi seketika daripada media sosial, Elyana kembali berkongsi keadaannya yang terkini. Kongsi Elyana, beliau baru saja selesai rawatan radioterapi, meskipun sakit namun beliau harus kuat mengharunginya.

BACA: Elyana Putus Asa, Hentikan Semua Rawatan Kanser

“Pada awalnya saya kena buat 10 kali radioterapi. Tetapi selepas habis, doktor nak tambah lima kali lagi. Namun, melihat tindak balas baik ubat radiotertapi dengan badan saya, jadi doktor kurangkan kepada dua kali”

“Memandangkan saya jenis tak ikut betul-betul, saya hanya buat sekali saja. Keseluruhan saya kena 11 kali radioterapi. Memang sakit. Cuma kalau dibandingkan kimoterapi lebih perit, radioterapi saya masih boleh sabar”

“Habis saja rawatan ini, mulut penuh ulser hingga susah nak makan dan minum. Malah, sepanjang rawatan ini, kulit saya terbakar, hitam, kusam, berjerawat dan rambut gugur. Pendek kata memang teruk,” kongsinya.

Menurut Elyana, sejak melakukan rawatan itu juga kesihatannya tidak menentu menyebabkan beliau terpaksa berehat seketika daripada media sosial. Pun begitu Elyana mengucapkan terima kasih buat peminat yang mendoakannya.

Sebak mendengar rintihan dan perkongsian Elyana menjalani rawatan radioterapi. Mungkin ini bahagian Elyana diduga diatas dunia ini. Semoga Elyana terus kuat melawan penyakit kanser itu. (rtky/w)