fbpx

Kucing Liar Aliff Syukri Terlepas Dari Kandang

Dalam perkongsian terbaru Aliff Syukri di Instagram, beliau memaklumkan kepada orang ramai terutamanya penduduk Kota Damansara untuk berhati hati kerana kucing liar kesayangan beliau, Dodi telah melarikan diri.

Berpunca dari kecuaian kakitangan Aliff Syukri sendiri, Dodi dilihat kali terakhir keluar dari kandang kediamannya ketika pekerja itu sedang membuat sesi mencuci.

UPDATE-1: Kucing liar Aliff Syukri, Dodi sudah dijumpai dan dikembalikan tanpa sebarang kejadian tidak diingini terjadi.

Orang ramai dinasihat untuk menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERLIHITAN) jika ternampak Dodi kerana ianya melibatkan keselamatan orang awam.



Aliff Syukri pernah terpalit kontroversi berkaitan kucing liar ini apabila beliau didakwa menempatkan Dodi di tandas rumah tahun lepas. (rtky/m)