fbpx

Kuasa RINGS Sudah Mampu Hempaskan Kapal Terbang?

Masihkah anda ingat rangkaian filem Ring sebelum ini yang sungguh mengerikan malah ada yang tak boleh tidur bila tengok cerita seram tersebut? Kini untuk tahun 2017, RINGS kembali untuk membuatkan anda tak duduk diam.

Tengok trailer saja pun sudah buat kami naik bulu roma! Kepada anda yang memang minat gila filem seram ini, kami kongsikan apa yang anda akan dapat jika menonton RINGS kali ini.

Semuanya bermula apabila seorang wanita cuba menyelamatkan teman lelakinya yang telah menonton video yang disumpah tersebut dan tanpa disangka, wanita berkenaan merungkai cerita lebih mendalam terhadap video yang terkenal dengan sumpahan bahawa siapa yang menontonnya akan mati dalam masa 7 hari.

Kenapa Samara dicampakkan ke dalam perigi?

Sumpahan menghantui wanita tersebut sampai muntah keluar rambut!

Kita semua tahu apa akan terjadi bila keluar tangan macam ni

Bagi peminat setia filem seram ini, pasti terbayang bunyi budak perempuan ini keluarkan

Nampaknya kali ini, sumpahan jadi lagi buruk sampai melibatkan kapal terbang!

Jadi bagi yang sukakan cabaran filem seram, jangan lupa untuk serbu ke pawagam pada 9 Februari ini. Nah, kami kongsikan kepada anda beberapa trailer yang bakal buat anda kecut perut. Nak lagi seronok ajak kawan kawan yang pengecut tengok sekali!