fbpx

“Kritikan Sebenarnya Publisiti Yang Bagus”

Setiap kali majlis anugerah berlangsung, pasti ramai ternanti-nanti untuk melihat fesyen yang digayakan para selebriti di karpet merah.

Semalam, busana yang paling menjadi tumpuan ramai di karpet merah Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34) sudah tentu penyanyi, Aina Abdul yang tampil serba hitam seolah mempunyai kelopak bunga di kepala.

BACA: Aina Abdul Beli Mikrofon Berharga Puluhan Ribu Ringgit

Menurut Aina, rekaan busana itu adalah simbolik kepada bentuk bunga mawar yang mana turut menjadi simbolik untuk single barunya itu.

“Konsep ini adalah kesinambungan jalan cerita dalam Aina Abdul yang baru sahaja dilancarkan. Inspirasinya adalah daripada mawar merah.

“Namun, malam ini, saya ingin tampilkan mawar hitam dan ia adalah simbolik daripada fesyen yang saya dah lama nak ketengahkan,” katanya.

Seperti sudah disangka, busananya itu menjadi kritikan malah ada turut menjadi parodi. Seolah tidak terkesan dengan kritikan, Aina berkata dia tidak membaca sebarang kritikan dan hanya mengikut kata hatinya.

“Saya kurang baca kritikan dan sebab itulah saya rasa saya boleh bertahan. Kalau saya baca, saya takkan boleh tahan.

“Saya buat apa yang hati saya rasa betul dan saya nak setiap penampilan saya ada impak. Tapi, kritikan pun sebenarnya adalah publisiti yang bagus,” katanya.