Kalau anda mengikuti perkembangan Nabila Huda melalui akaun Instagram beliau, pasti perasan yang sejak beberapa minggu ini beliau sering tampil dengan imej Biduanita Negara, Puan Sri Saloma — dan ianya adalah untuk satu penggambaran filem biopik.

Nampaknya, menjadi Saloma bukan mudah buat Nabila Huda. Menghidupkan watak satu perkara lain, berhadapan dengan komen negatif dan kritik dari para peminat tentang imej beliau yang agak seksi di Instagram satu hal lagi.

Namun Nabila Huda tidak berdiam diri dengan situasi tersebut apabila beliau turut memberikan komen balas kepada mereka yang meninggalkan kata kata negatif terhadap beliau.

“Apa masalah kau ni? Aku ni tengah shooting based on the true story. Kau kalau nak memekak kat IG aku nak membebel tak tentu pasal, buat semak je baik kau unfollow. Kalau baik sangat, delete Instagram kau. Stop using any smart phone sebab buat tambah dosa je”

Antara komen yang di’tinggalkan para peminat yang negatif adalah soal dosa dan pahala — ini respons dari Nabila Huda.

“Macam bagus je semua bila bercakap. Dosa dan pahala tu antara aku dan Tuhan. Korang takde hak nak nilai apa apa atau bagi nasihat pun. Aku share gambar belakang tabir Saloma ni and it’s supposed to be P&C, so tolong la hargai”

Kalau di’abaikan isu komen negatif peminat ini, kami rasa Nabila Huda sangat sesuai membawa watak Saloma walaupun kami belum melihat secara dekat lakonan beliau dalam filem biopik ini. Harapnya indah rupa sepertinya khabar. (rtky/m)