fbpx

Kami rasa, bukan peminat Indonesia sahaja yang mahu tahu.

Peminat Kris Dayanti khas’nya di Malaysia juga masih tertanya tanya sama ada penyanyi sensasi Indonesia ini benar bakal berkahwin dengan Raul Lemos atau tidak.

Namun, sumber kami di Indonesia mengesahkan yang Kris Dayanti & Raul Lemos semakin hampir ke hari bahagia mereka.

Semalam, pasangan perahsia ini menjalankan satu photoshoot khas pre wedding di sebuah kafe di Jakarta Barat, Cafe Batavia.

Gambar dari jauh ini di’upload terus ke Facebook page rasmi Cafe Batavia dan di’beri nama “Pre Wedding Krisdayanti and Raul today 16 Feb’11”.

Ada khabar yang menyatakan pasangan ini bakal bernikah pada 24 Mac ini sempena hari lahir Kris Dayanti ke 36. Namun, Kris Dayanti terus bermain teka teki dengan media & peminat.

“Aku enggak mau ngomongin (itu) pernikahan,” ucap KD sambil jalan tergesa-gesa ketika di’tanya media.

Kredit gambar & berita kepada Tabloid Bintang dan correspondent tidak rasmi kami di Indonesia, Hang Hanep (@hanghanep). Ada tips? E-mailkan terus kepada kami atau Twitter, @rotikaya.