30 Oktober lalu, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin meluangkan masa berjumpa Pengerusi dan ahli-ahli Persatuan Orang Kurang Upaya Putrajaya (PROcJAYA).

Apa yang dikongsikan beliau adalah tentang pendekatan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha menyediakan akses pendidikan yang berkualiti untuk semua anak-anak, khususnya Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).


Jelas beliau, KPM sentiasa berikhtiar untuk menambahbaik kemudahan yang mesra OKU di sekolah dan menyediakan persekitaran yang selamat agar anak-anak istimewa ini berasa seronok di sekolah.

Untuk info anda, bagi tahun 2021 dan 2022 sejumlah RM95 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan khusus untuk tujuan menaiktaraf fasiliti OKU di sekolah-sekolah KPM dan usaha ini akan diteruskan lagi.

Selain itu, pihak PROcJAYA juga berkongsi Aspirasi OKU Putrajaya untuk menjadikan Putrajaya sebagai bandar yang mesra OKU.


“InsyaAllah saya akan usahakan agar aspirasi yang disuarakan ini dapat menjadi agenda untuk dilaksanakan sebaiknya mengikut keperluan.

“Terima kasih saudara Azhari, Hafiz, Sukri dan semua yang hadir dalam majlis ini. Moga kita sama-sama dapat membuat anjakan dalam menjadikan Putrajaya bandar inklusif untuk semua,” akhiri beliau dalam hantaran di Facebooknya itu.