fbpx

Kos Berjuta, Badang Hanya Mampu Kutip RM69,000

Ramai menjangkakan filem ‘Badang’ bakal menjadi filem pecah panggung apabila menggunakan strategi berbeza dengan meletakkan usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri sebagai hero dalam filem tersebut.

Namun, tidak semua publisiti berhasil apabila filem superhero Malaysia ‘Badang’ bernilai RM2.2 juta itu hanya mampu mengutip sebanyak RM68,816.17 selepas 7 hari ditayangkan di pawagam.

Lebih mengejutkan, selain bakat lakonan Aliff Syukri yang dikecam netizen, filem itu juga hanya mendapat rating 1 bintang di IMDB.

Rata-rata penonton mengatakan filem tersebut sangat teruk termasuk dari segi jalan ceritanya dan skrip.

“Filem ini sangat teruk dan boleh buat pawagam jatuh muflis.”

Daripada 6 filem tempatan yang ditayangkan bermula 15 hingga 21 Februari lalu, Badang menduduki tempat ke-5 dalam senarai box office. Filem kekeluargaan sempena Tahun Baru Cina, ‘A House of Happiness’ menduduki tangga teratas dengan kutipan sebanyak RM928,511.03.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila pelakon utama filem ‘Badang’ mengatakan filem lakonannya itu lebih baik berbanding filem Hollywood ‘Black Panther’.