fbpx

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai pendedahan tanpa henti seorang wanita iaitu Sarah Yasmine yang juga merupakan kekasih gelap Aliff Aziz sekaligus mengejutkan ramai.

Bagaimanapun, ramai yang kurang senang susulan pendedahan tanpa henti  sekaligus mendapat perhatian pelakon Zed Zaidi yang memuat naik video mengenai perkara itu.

BACA: Zed Zaidi Sokong Blacklist Artis Kontroversi

@rozaidijamil

Pagi pagi aku dah terasa meluat nak muntah pun ada bila aqidah pun kau tak faham rasa malu tu dah takde.. #terciduq #teamzedzaidi #malaysia #malaysiaviral #malaysiabangkit?? #tiktok #tiktokmalaysia #fyp #fy #foryoupage #fypage #kamisempoi #artis #artismalaysia

? original sound – ZED ZAIDI – ZED ZAIDI

Menerusi video berkenaan, Zed berkata dia rasa meluat dengan individu yang memperlihatkan imej Islam di luaran namun tidak mengamalkan akidah yang sebetulnya serta tiada rasa malu.

“Buka aib orang dianggap hebat. Buka aib sendiri, itu yang dibanggakan. Mana maruah kau? murah sangat sampai tak tahu malu. Kesian mak bapa kau,” katanya.

@rozaidijamil

Dengar penjelasan aku ni, aku tak sokong mana mana pihak apa yang aku buat ni atas tanggungjawab aku untuk mengelakan perpecahan dalam industri seni kerana minah tu!!! #terciduq #teamzedzaidi #malaysia #malaysiaviral #malaysiabangkit?? #tiktok #tiktokmalaysia #fyp #fy #foryoupage #fypage #kamisempoi #artis #artismalaysia #inimalaysialah

? original sound – ZED ZAIDI – ZED ZAIDI

Sementara itu, dalam satu video lain Zed berkata pendedahan wanita tersebut sekaligus menyebabkan industri hiburan huru hara kerana semua selebriti adalah di bawah tanggungjawabnya sebagai Presiden Seniman.

“Semuanya artis artis. Kau faham tak? Itu tanggungjawab aku. Korang tak suka penyondol tapi korang sokong sebab dia jujur. 

“Tapi, dia tu juga penyondol! Korang tak suka penyondol, dalam masa sama kau sokong penyondol. Aku tak faham lah,” katanya.