fbpx

Kontroversi Ruhainies Tular Sampai Ke China

Susulan kontroversi terpalit dirinya selepas ditangkap khalwat dengan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, aktres Ruhainies memberitahu kisahnya itu tular sehingga negara China.

Memetik Harian Metro, Ruhainies berkata dia juga tidak sangka menerima pelbagai tawaran baru termasu dari luar negara serta menyifatkan setiap ujian ada hikmah disebaliknya.

BACA: Ruhainies Nafi Syok Sendiri Balas Soalan Di Instagram Story

“Benda yang jadi ternyata ada hikmah tersendiri, tipulah kalau saya cakap langsung tak terjejas bila benda ini berlaku. Tapi saya sentiasa percaya setiap ujian itu pasti ada hikmah dan Alhamdulillah saya banyak terima tawaran dari negara seberang.

“Saya tak boleh nak cerita lanjut sebab masih dalam proses perbincangan. Cerita ini bukan setakat viral di Malaysia, tapi sampai ke luar negara juga, ke China pun. Cuma saya mohon doa daripada semua agar populariti saya tak terjejas oleh kontroversi ini” katanya.

Dalam pada itu, Ruhainies berkata tiada mana-mana tawaran kerja dibatalkannya sebaliknya hanya ditangguhkan disebabkan kontroversi berkenaan.

“Saya faham dan terima kerana isu pun tengah panas tetapi setakat ini tidak ada tawaran lakonan yang dibatalkan, sebaliknya cuma ditangguhkan saja.

“Penggambaran tetap jalan macam biasa, tapi mengenai di gam mahupun disenarai hitamkan setakat ini kenyataan yang saya dapat perkara itu takkan berlaku. Jadi saya mohon doakan saya,” katanya.

SUMBER: Harian Metro