Eh engkau Ika Nabila, drama dan kerjaya entah ke mana, banyak pula bermain kontroversi. Luahan perasaan akauntan kami.

Beberapa minggu lalu, jadi satu isu juga gossip dari wartawan nan satu itu mengatakan Ika Nabila merupakan seorang lesbian dan menjalinkan hubungan dengan seorang pengkid.


Tidak cukup dengan itu, wartawan puaka itu turut tahu yang bilik Ika Nabila mempunyai alat permainan seks dewasa — hebat!

Anggap sahaja ini edisi ala Melodi kami untuk hari Ahad penghujung cuti anda semua. Gambar ini kami terima melalui e-mail dari seorang pembaca yang berkata menerima e-mail dari rakan baik beliau yang yang sebenarnya berada di’lokasi kejadian ini. Hmm.

Okay. Tiada sebarang spekulasi akan kami timbulkan di’sini kerana menurut pakar philosophy terkemuka, sekeping gambar membawa 1,000 maksud. Oh mungkin Ika Nabila hanya memegang gelas rakan yang mahu ke tandas.