fbpx

“Kontroversi Itu Memalukan Saya, Perniagaan Saya Terjejas”

Baru-baru ini, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan hasratnya untuk menjernihkan semula hubungan sahabat baiknya Datuk Seri Vida dengan penyanyi Aishah. Niat baik Aliff Syukri itu dipuji oleh Vida, bagaimanapun, Vida memberitahu permintaan itu bukan mudah kerana ia tidak dapat menghentikan segala kecaman yang dilemparkan terhadap dirinya.

Kata Vida lagi, kontroversi mengenai rantai berlian pemberiannya didakwa palsu itu cukup memalukan dirinya dan turut menjejaskan perniagaannya sehingga menyebabkan kerugian besar.

BACA: “Berlian & Emas Tak Palsu, Ganti Dengan Lavida Coin”

“Datuk Aliff ada berhubung dengan saya. Saya amat berbesar hati dan berterima kasih atas ingatan beliau. Saya puji niat ikhlas beliau.

“Walaupun bagi dia minta maaf tak bererti kalah, ia tidak dapat melenyapkan kecaman netizen terhadap saya,”

“Kontroversi itu dah memalukan saya, perniagaan saya turut terjejas. Kalau saya minta maaf sekali pun dua bulan punya sales dekat sejuta dah hilang… siapa yang nak bertanggungjawab?,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, Aishah mendedahkan barangan kemas yang didakwa bernilai RM 80,000 oleh Vida itu tidak mempunyai nilai. Bagaimanapun, Datuk Seri Vida menafikan dakwaan tersebut dan akan menggantikannya dengan sesuatu yang sangat luar biasa.