fbpx

Konsert Siti Nurhaliza Tetap Diteruskan Demi Dana Amal

Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza akan tetap diteruskan mengikut tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 9 Mac ini.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

Menerusi satu kenyataan, Yayasan Nurjiwa selaku penganjur konsert tersebut berlapang dada dengan teguran Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor agar konsert berkenaan ditunda.

BACA: Mufti Nasihat Siti Nurhaliza Tunda Tarikh Konsert Menjelang Ramadan

Dalam pada itu, turut dijelaskan penganjuran konsert berkenaan bukan bermotifkan keuntungan atau perniagaan kerana Yayasan Nurjiwa adalah sebuah badan amal yang ditubuhkan sejak 2006.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“Yayasan Nurjiwa dan Siti Nurhaliza telah sering menyebut tujuan Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza adalah untuk mengutip dana bagi menampung lima kluster kerja-kerja kebajikan seperti kebajikan, kemanusiaan, keagamaan, pendidikan dan bantuan khas Palestin,” tulis kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, pihak penganjur sudah membuat tempahan kepada pihak pengurusan stadium sejak awal 2023, namun, tarikh yang kosong hanyalah pada 9 Mac ini.

Dalam pada itu, Yayasan tersebut turut menjelaskan penundaan konsert berkenaan akan memberi kesan kepada objektif utama penganjuran untuk mengumpul dana kepada mangsa perang.

“Penundaan konsert itu akan beri implikasi yang besar kepada banyak pihak, khususnya bahagian produksi serta pengurusan Perbadanan Stadium Nasional.

“Bahkan, apa yang kami gusarkan sekiranya penundaan konsert dibuat, maka dana yang sewajarnya tidak dapat disalurkan dalam kadar segera kepada golongan yang sudah dikenal pasti sebagai penerima terutamanya mangsa perang di Palestin,” katanya.