fbpx

Konsert Pertama CNBLUE Di Malaysia, 24 Ogos 2013

Malaysia sudah seperti sebuah destinasi emas terkini untuk artis pop Korea — kebanjiran mereka ke tanah air kita tahun ini memang sangat terasa dan ianya akan semakin meriah dalam bulan bulan mendatang.

Terkini, Daol Entertainment mengumumkan yang band sensasi Korea Selatan CNBLUE akan hadir mengadakan sebuah konsert buat pertama kali di Malaysia untuk para peminat mereka.

Blue Moon 2013 CNBLUE World Tour ini akan di’adakan di Stadium Negara, pada 24 Ogos 2013. Dan, tiket tiket akan mula di’jual pada 18 Mei 2013 bertempat di Fahrenheit 88, Bukit Bintang.

Penjualan tiket konsert CNBLUE pada hari pertama itu akan berlangsung bermula jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang dan pada yang tidak berkesempatan boleh mendapatkan tiket melalui AirAsiaRedTix sehari selepas penjualan awal. Excited?