fbpx

Konsert Michael Bolton Di Kuala Lumpur Pada 20 Oktober 2012

Anda tahu anda sudah mula tua apabila terasa lebih teruja untuk mendengar nyanyian mantap Michael Bolton secara live berbanding berpusu pusu untuk Maroon 5 malam ini. Heh.

Penyanyi bertaraf lagenda yang telah memenangi beberapa gelaran Grammys, Michael Bolton akan turun ke Malaysia buat kesekian kali’nya untuk menghiburkan peminat semua.

Konsert Michael Bolton Live In KL ini akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 20 Oktober 2012 ini bermula jam 8.30 malam dengan tiket bermula pada RM188.

Persembahan beliau kali ini pastinya akan di’serikan dengan barisan lagu lagu popular beliau termasuk rendisi sendiri lagu lagu lama — kegemaran kami, To Love Somebody.

Untuk anda yang berminat, tiket boleh anda semua dapati melalui Ticket Pro atau melalui cawangan Rock Corner, Victoria Music & The Guitar Store seluruh Malaysia. Jom!