fbpx

Konsert Jonas Brothers Di Malaysia Pada Oktober 2012, Stadium Negara

Buat peminat yang menantikan sekian lama kedatangan Jonas Brothers ke Malaysia, doa anda semua kini termakbul & boleh menatap puas wajah mereka nanti. Heh.

Kelab peminat rasmi Jonas Brothers melalui laman web mereka baru sahaja mengumumkan perjalanan jelajah kumpulan itu ke Filipina & Malaysia pada Oktober ini.

Jonas Brothers bakal turun akan menghiburkan peminat mereka di Malaysia melalui sebuah konsert live di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 24 Oktober 2012.

Sehingga berita ini di’tulis, masih tiada sebarang maklumat tentang penjualan tiket sama ada harga & tarikh mula jualan — yang pasti anda boleh mula kumpul duit.

UPDATE-1: Tiket tiket ke konsert Jonas Brothers Live In Malaysia ini boleh mula di’dapati melalui Ticket Charge dan bermula pada harga RM88 sehingga RM288.