fbpx

Musim-musim MCO ni, semua pakat bosan duduk rumah. Kadang-kadang tu rindu moment nak pergi tengok konsert, dengar hiburan sana sini, jumpa selebriti kegemaraan, tapi apa kan daya semua tu dah jadi kenangan. Tak boleh dah nak ulang kembali, semua ni gara-gara COVID-19.

Relax, kami pun rasa benda yang sama macam korang. Tapi kami rasa kali ni korang dah boleh chill dah, sebabnya tak lama lagi Konsert Muzik Enco yang dibawa khas oleh OPPO akan berlangsung. So, boleh lah kita enjoy!

Konsert OPPO kali ni confirm akan buat korang rasa happy dan yang paling penting tak perlu keluar rumah pun. Korang boleh tengok Konsert Muzik Enco di laman rasmi Facebook OPPO, Facebook Shopee, aplikasi Shopee dan YouTube OPPO tak lama lagi. Korang juga boleh set reminder siap-siap kat aplikasi Shopee tau!

Selebriti yang buat konsert pun bukan kaleng-kaleng, ada Iman Troye, Khai Bahar dan Syamel. Cuba korang bayangkan suara selebriti ni di konsert tu nanti, confirm bergegar stage bila penyanyi kegemaran ramai ni buka mulut. Yang paling penting, selebriti ni bukan sahaja mengadakan konsert semata-mata, diorang juga akan bagi hadiah buat peminat-peminat mereka.

Jadi korang yang nak dapat hadiah daripada selebriti pujaan korang ni jangan lupa save the date untuk tengok LIVE Konsert Muzik Enco okey. Mana tahu kot-kot hadiah Enco Buds, Enco W11 dan Enco X menjadi miliki korang.

Paling kami tak sabar nak tengok LIVE konsert yang bawakan oleh OPPO dan Shopee ni bukan apa, semasa live konsert berlangsung kod promo akan diberitahu untuk dapatkan OPPO Enco Buds, Enco W11 dan Enco X dengan harga yang super duper murah. Masa ni lah nak rembat harga promo pun.

Kalau korang nak juga dapat barangan OPPO dengan harga murah jangan lupa tonton LIVE Konsert Muzik Enco untuk dapatkan kod promo okey! Sambil berhibur boleh dapat hadiah yang best ni dari OPPO. Tapi kena stay tunes and kena rebut, sebab masa dan jumlah kod promo tu memang terhad! Siapa cepat dia dapat lah.

Tapi sebelum tu meh kami bagi korang layan dulu apa yang menariknya mengenai hadiah yang akan korang dapat ni.

OPPO Enco Buds

Sangat cantik dan unik OPPO Enco Buds ni bila digayakan. Fon telinga TWS ini dijual di Malaysia pada harga RM159 untuk seunit dan ia boleh didapati dalam kemasan bewarna putih.

Dari segi rekaan, Oppo Enco Buds mempunyai reka bentuk berbentuk bulat bersama rekaan putik telinga sejenis dalam telinga. Ia juga dilengkapi pemandu audio sebesar 8mm, sokongan pembatalan hingar aktif, kawalan sentuhan, Bluetooth 5.2, penarafan rintangan air IP54 dan menyokong codec AAC/SBC.

Di samping itu, ia juga mampu beroperasi sehingga 6 jam dan sehingga 24 jam dengan bantuan pod pengecasnya.

OPPO Enco W11

Bagi korang yang gemar mendengar muzik sebagai jalan untuk berhibur, ni ha korang wajib grab Enco W11. Rekaan yang hampir sama dengan Enco Buds namun cirinya sangat berbeza.

Dengan Enco W11 ni korang boleh mendengar muzik tanpa anda gangguan langsung. Paling best, Enco W11 boleh melakukan penghantaran Bluetooth dengan teknologi binaural, mampu bertahan selama 20 jam, penggunaan bass yang sangat bagus dan yang paling penting anti habuk dan air.

Jadi untuk korang yang suka berendam lama-lama dalam bilik air tu, boleh lah dengan lagu menggunakan Enco W11 ni. Tak perlu nak serabut dengan wayar bagai sebab aksesori ni wireless!

OPPO Enco X

Teknologi warisan puluhan tahun dari Eropa Utara yang canggih merupakan sumber inspirasi earphone Enco X. Dilengkapi dengan sistem suara DBEE 3.0 yang menaklukkan batasan baru, transmisi nirkabel LHDC untuk pemutaran yang sempurna, mode transparansi yang akan meningkatkan lagi keunggulan si pengguna.

Paling menarik, Enco X ini dihadiri dengan tiga mikrofon algoritma anti bising, filter adaptif, dan pendeteksi angin dan mampu bertahan dua minggu penuh jika digunakan selama 2 jam sehari.

Jadi untuk korang yang nak grab aksesori dari OPPO dengan harga lebih berbaloi, jangan lupa tonton LIVE Konsert Muzik Enco di laman Facebook OPPO, Facebook Shopee, aplikasi Shopee dan Youtube OPPO pada 26 Jun jam 8 malam.