fbpx

Kongsi Video Joget, PU Syed Tegur Da’i Syed

Pendakwah bebas, PU Syed menegur rakan seperjuangan iaitu Da’i Syed supaya dapat menjaga akhlak dan nama baik sebagai golongan yang menyebarkan ilmu agama kepada masyarakat.

Menerusi perkongsian video di Instagram, PU Syed berkata pendakwah selebriti itu tidak sepatutnya berkongikan video memaparkan aksi menari bersama isteri untuk tontonan umum.

BACA: Da’i Syed Anggap Video Menari Dengan Isteri Tak Berlebihan

“Saya nasihat agar jagalah status kita membawa gelaran agamawan yang menyampaikan tazkirah dan peringatan kepada masyarakat.  Atau mungkin kamu rasa kamu artis, tapi jagalah kita punya akhlak.

“Tak perlu kita menunjuk sangat isteri walaupun isteri kamu tu seorang dikenali, tapi alangkah bagusnya kalau tiada video atau konten berjoget-joget di media sosial,” katanya.

Dalam pada itu, PU Syed turut menjelaskan tindakan berkongsi adegan ‘mesra’ itu secara tidak langsung mengundang persepsi buruk orang ramai terhadap golongan asatizah (ustaz dan ustazah).

“Mungkin ada yang mengatakan kenapa ustaz macam ni, berjoget-joget dalam media sosial. Ni satu fitnah yang kadang-kadang dapat kepada para asatizah.

“Asatizah ni ada pakaian, mungkin kita nak jadi munafik, menyamar baik depan orang, tidak. Maksudnya ada perbezaan kita dengan orang awam.“

“Jadi saya nasihatkan, moga kita dapatlah berubah jadi lebih hebat lagi dengan menjaga adab serta tatasusila sebagai golongan pendakwah agar tak terpalit fitnah,” katanya.

Sementara itu, PU Syed turut berharap netizen dapat membezakan antara dirinya dan Da’i Syed oleh kerana mereka mempunyai awalan nama serupa, namun dari program realiti dakwah berbeza.