Baru-baru ini, penyanyi Faizal Tahir ada berkongsikan video bacaan Al-Quran di Instagram. Menerusi entri itu, Faizal turut berkongsikan tentang pengajaran dari ayat ke-18 Surah Luqman.

Lebih menjadi perhatian, Faizal ditegur oleh netizen yang memperbetulkan bacaanya. Menerima teguran dengan hari terbuka, Faizal berkata dia menghargai dengan teguran diberikan.

BACA: Faizal Tahir Ikut Sunah Nabi, Belajar Tunggang Kuda

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FT (@faizal_tahir)

“Masha-Allah subhanallah. Besar sungguh nikmat ditegur dan besar sungguh pahala yang menegur. Sungguh saya amat menghargai setiap teguran yang diberikan. Semoga lebih baik bacaan saya selepas ini. Insha’Allah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Faizal mengakui masih lemah dalam bacaan Al-Quran dan akan perbaikinya serta belajar lagi. Faizal turut mengatakan besar pahala netizen berkenaan kerana tampil menegur bacaannya.

Perkongsian Faizal itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap penyanyi tersebut yang terbuka menerima teguran.

Terdahulu, Faizal Tahir mengambil keputusan untuk mengundur diri selepas 17 tahun menceburkan diri dalam dunia seni kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga.