fbpx

Faizal Tahir Ikut Sunah Nabi, Belajar Tunggang Kuda

Baru-baru ini, Faizal Tahir berkongsikan impian untuk memiliki kuda tercapai apabila dia membeli seekor kuda jantan berusia 11 tahun. Katanya lagi, dia mula meminati sukan berkuda selepas menjalani penggambaran video muzik lagu Nobody.

Diberi nama Jibril, Faizal berkata dia dan keluarganya kini banyak menghabiskan masa dengan aktiviti berkuda. Menurut Fizal, aktiviti berkuda ini merupakan sunah nabi dan mempunyai banyak kelebihan tersendiri.

BACA: Faizal Tahir Sedih Ramai Yang Hanyut Dengan Aksi ‘Lathi Challenge’

“Kita ikut sunah nabi… banyak kelebihan jika kita menunggang kuda! Selain itu saya dapat rapatkan hubungan dengan keluarga.

“Saya cuma nak sebarkan kebaikan. Saya tahu naik kuda satu benda yang baik kerana itu sunah nabi. Kalau nabi buat benda tu adalah kebaikannya yang kita buat sendiri barulah kita tahu,” katanya.

Enggan dilabel ustaz apabila mula menunggang kuda, Faizal secara jujur mengatakan dia hanya mengikut sunah nabi dan mengakui sejak dahulu lagi meminati kuda.

“Janganlah ingat saya ustaz… alim sangat, tapi terus terang saya katakan saya lakukan sebab sunah nabi. Nabi kata buat apa yang dia buat. Itu salah satu sunah nabi dan saya dari dulu minat dengan kuda,” katanya.