Kongsi Rutin Skincare, Eyka Farhana Dipuji Tak Mekap Pun Cantik

Baru-baru ini, pelakon Eyka Farhana ada berkongsikan video di aplikasi TikTok memaparkan mengenai rutin penjagaan kulit wajahnya.

Menerusi video dikongsikan, Eyka turut berkongsikan beberapa produk digunakannya serta cara dia menggunakan produk berkenaan.

BACA: Netizen Samakan Baju Eyka Farhana Dengan Alas Meja

@misseyka.f

Since ramai tanya, here My daily skincare routine ? less is more ? The essence & the light cream @Augustinus Bader Eye cream @LA MER Sunscreen @Supergoop

? Roxanne – Instrumental – Califa Azul

Perkongsian Eyka itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja apatah lagi sudah pasti ramai yang tertanya-tanya produk apa yang digunakan oleh pelakon itu.

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian ramai adalah kulit wajah Eyka yang tetap cantik meskipun tanpa mengenakan sebarang solekan.

Sementara itu, ada yang berkongsikan harga produk yang digunakan oleh pelakon itu dikatakan berharga ribuan ringgit.