Kongsi Rezeki, Wawa Zainal & Aeril Zafrel Beri Air Balang Percuma Sepanjang Ramadan
Setiap kali menjelang bulan Ramadan, ramai yang tidak melepaskan peluang melakukan kebaikan dan ibadah bersedekah serta berkongsi rezeki buat mereka diluar sana.
Tidak ketinggalan, pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal juga turut berkongsi rezeki kepada orang ramai di sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
BACA: Wawa Zainal Tak Kisah Suami Puji Pelakon Wanita Lain
Menerusi satu perkongsian di TikTok @wawacosmeticsmalaysia, pasangan itu memaklumkan mereka menyediakan air balang pelbagai perisa yang dicampur dengan aiskrim secara percuma kepada orang ramai.
@wawacosmeticsmalaysia Sempena Ramadhan , kami nak bagi air secara percuma jee setiap petang jam 4:30 sehingga habis ? Waze je ( wawa cosmetic Hq ) jangan lupe datang .#wawacosmetics
Dalam video tersebut, dapat dilihat Aeril sedang mengacau air balang yang dicampur bersama aiskrim sambil memanggil orang yang berada di sekitar kawasan tersebut untuk mendapatkan minuman berkenaan.
Difahamkan, air balang tersebut disediakan di setiap petang sepanjang Ramadan di ibu pejabat syarikat kosmetik yang terletak di Bandar Baru Bangi.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji tindakan murni Wawa dan Aeril itu serta mendoakan pasangan itu dimurahkan rezeki.
Awak kan jutawan xkan sedekah air balang jer. Kurang2 pegi kt pasar ramadan tu bayar kt semua gerai tu sapa nk beli bg free la. Esk pegi kt pasar ramadan lain pulak! Kan ke pahala bg org mkn pd bln posa sama spt org puasa tu jugak?!
Buat admin rotikaya, please la tapis org nk comment, biarlah jd gudang pahala u olls blik, hari hari org dok komen perkara negatif terpalit dosa juga, peace to all.
Gigi kapak oooi
Tu pun Kira bagus dia nk sedekah
Ya ampun..org tu bersedekah pun dipertikai
Xkisah la dia nak bagi apa pun