fbpx

Pasti ramai tahu, pelawak Amir Raja Lawak mengusahakan perniagaan Air Jagung Amerreka secara kecil-kecilan sejak tahun lalu sebagai mata pencarian.

Baru-baru ini tular perkongsian seorang pengguna Twitter yang memuji kesungguhan pelawak berusia 33 tahun itu dalam mencari pendapatan untuk menampung kehidupan.

BACA: 7 Tahun Kahwin, Amir Raja Lawak & Isteri Tak Tertekan Belum Ada Anak

“Contoh artis terbaik dalam mencari rezeki, tidak pernah mengeluh ketika tiada job dan tidak merasa malu berniaga di jalanan. Tahniah Amir Raja Lawak.

“Aku pun macam tiba-tiba nak share dekat Twitter aku, sebab aku tahu struggle nak meniaga tu macam mana, semoga murah rezeki,” tulisnya.

Perkongsian pengguna Twitter itu turut mendapat perhatian netizen lain yang bersetuju pelawak itu seroang yang rajin berusaha serta pemurah. Kata seorang netizen, pelawak itu pernah sedekahkan air jagungnya berbotol-botol pada hari Jumaat.

Untuk rekod, Amir memulakan langkah dalam bidang seni sejak tahun 2009 selepas menyertai program realiti Raja Lawak terbitan Astro.