Baru-baru ini perkongsian, pelakon Taufiq Hanafi menjadi perhatian apabila memuat naik resume dirinya secara terbuka di media sosial.
Menurut Taufiq, dia berkongsikan resume tersebut sebagai salah satu usaha untuk bekerjasama dengan mana-mana produksi pada tahun 2025.
BACA: Hairul Azreen Tak Kisah Tiada Bonus Dari Filem Paskal
Menerusi resume tersebut, dapat dilihat Taufiq banyak terlibat dalam beberapa filem box office serta drama-drama popular di televisyen.
Memetik mStar Online, Taufiq berkata tindakannya itu sebagai usaha untuk meluaskan peluang dalam kerjaya seni dan bukan kerana dia tiada tawaran kerja.
“Saya hanya cuba nasib nak besarkan peluang, bukannya tiada tawaran berlakon. Syukur Alhamdulillah, tawaran kerja masih konsisten. Malah, saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran bulan lalu.
“Apabila melihat rakan-rakan pun kongsi benda sama, jadi saya sekadar ingin mencuba sahaja,” katanya.
Sementara itu, Taufiq turut meluahkan rasa syukur ada beberapa agensi bakat di Singapura dan Indonesua menghubunginya selepas resume miliknya tular.
“Semalam (Jumaat), ada agensi bakat dari Singapura dan Indonesia hantar mesej. Walaupun belum ada kepastian, sekurang-kurangnya ada hikmah. Insya-Allah kalau ada rezeki dan harap-harap lebih banyak produksi tempatan beri tawaran berlakon.” katanya.
SUMBER: mStar Online