fbpx

Hairul Azreen Tak Kisah Tiada Bonus Dari Filem Paskal

Sebagai peneraju watak utama filem Paskal, Hairul Azreen tidak kisah andai tidak menerima bonus biarpun selepas kejayaan filem itu mencatat kutipan sebanyak 30 Juta. Bagi Hairul, mendukung watak utama dalam filem itu sudah pun memadai.

BACA: Dakwaan Hairul Azreen Nyaris Diculik Hanya Publisiti Murahan

“Saya tak tahu fasal bonus. Tapi bagi saya, bonus ini merupakan hadiah dan kalau ada, itu namanya rezeki untuk kami. Tapi saya tak kisah sekiranya tiada bonus yang diberikan. Untuk saya, dapat watak utama dalam filem itu pun dah cukup gembira,” katanya.

Terdahulu pengarah filem tersebut, Adrian Teh memaklumkan produksi Asia tropical Films masih belum memutuskan keputusan untuk memberikan bonus kepada barisan pelakon, dan perlu brebincang terlebih dahulu.

Selain Hairul, filem itu turut dibintangi oleh Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G, Amerul Afendi dan Jasmine Suraya Chin. (rtky/w)