fbpx

Kongsi Gambar Peluk Tun M, Izara Aishah Mohon Maaf

Baru-baru ini, pelakon Izara Aishah menjadi bulan ramai apabila gambarnya memeluk erat Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad tersebar di media sosial.

Ternyata gambar tersebut dikritik teruk oleh netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan pelakon itu yang dilihat tidak menghormati Perdana Menteri dan tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang selebriti yang sentiasa menjadi perhatian.

Sedar dengan kesilapannya yang kongsikan gambar tersebut di media sosial, Izara memohon maaf dan kesal di atas ketelanjurannya. Izara juga turut memohon maaf kepada Tun Mahathir dan keluarga jika tindakannya itu mengguris hati mereka.

https://www.instagram.com/p/BkKDGbZH-va/?utm_source=ig_embed

“Saya menyesal terhadap apa yang berlaku terhadap gambar saya itu, dan kepada YAB Tun Mahathir dan keluarga, saya memohon maaf atas kesilapan ini jika ia mengguris hati mereka. Maaf zahir dan batin”

Menerusi kenyataan permohonan maaf tersebut, Izara turut mengatakan dia terlalu teruja dapat bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia ke-7 itu, namun dia akui tersilap langkah dengan kongsikan momen tersebut di media sosial.