fbpx

Kongsi Gambar Freehair, Ameera Khan Dah Tak Bertudung?

Sejak Mac tahun lalu, penampilan adik kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Ameera Khan menjadi perhatian ramai apabila kembali berhijab.

Bagaimanapun, baru-baru ini perkongsian Ameera menjadi bualan apabila memuat naik gambarnya memakai jaket denim biru.

BACA: Bergaya Pakai Bandana, Ameera Khan Kembali Buka Tudung?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan)

Diruangan komen rata-rata netizen terkejut melihat penampilan Ameera yang tidak bertudung jika dibanding dengan imej sebelum ini yang menutup sebahagian kepala.

Meskipun ramai yang memuji kecantikan gadis itu, namun ada yang mengatakan bukan mudah untuk istiqamah serta mendoakan agar diberikan hidayah untuk berhijab sepenuhnya.