Baru-baru ni pelakon Aiman Hakim Ridza berkongsikan gambar momen bersama isteri, Zahirah Macwilson serta anak sulung mereka sebelum menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Namun, ada netizen yang kurang senang dengan perkongsian gambar memaparkan Aiman bercium mulut dengan isterinya.
BACA: Gender Reveal, Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Bakal Timang Baby Girl

Diruangan komen, ada netizen mengatakan tidak perlu memuat naik gambar berkenaan kerana hanya mengundang kecaman sahaja.
Kata netizen lagi, meskipun mereka pasangan suami isteri namun tidak manis untuk ditunjuk kepada umum serta seolah meniru budaya barat.
Tidak kurang juga, ada yang bimbang jika ada pihak tertentu yang ‘panas’ melihat aksi pasangan itu dan akan meroyan di media sosial.
