fbpx

Gender Reveal, Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Bakal Timang Baby Girl

Pasti umum mengetahui, pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Terbaru, menerusi perkongsian ibu Zahirah iaitu Maslinda Yusoff, pasangan tersebut mengadakan majlis ‘gender reveal’ di kediaman mereka.

BACA: “Memecahbelahkan Sebuah Keluarga Sifat Tidak Bermoral” – Zahirah Macwilson

Menerusi video dikongsikan, pasangan tersebut bakal menimang cahaya mata perempuan berdasarkan kepulan asap warna pink yang keluar.

Untuk rekod, Zahirah dan Aiman berkahwin pada 8 Jun 2019. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Isaac Raees kini berusia tiga tahun.

SUMBER: Xtra