fbpx

Kongsi Gambar Berpakaian Mencolok Mata, Nabila Huda Dikecam

Selepas pelakon Nora Danish dikecam selepas memuat naik gambar dikatakan berpakaian sendat ketika melakukan aktiviti mendaki bukit, gambar percutian pelakon Nabila Huda turut menjadi perhatian ramai.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Nabila dilihat ada memuat naik gambar sedondon memakai busana berwarna putih sedang menikmati percutian pendek bersama temannya

BACA: Gantikan Awal Ashaari & Janna, Nabila Huda Pengacara Baru Melodi

Seperti sudah dijangka, penampilan Nabila itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang tampil menegur pengacara itu supaya menjaga aurat.

Meskipun ada yang meninggalkan komen berbaur sindiran, namun ada yang menitipkan doa agar pelakon itu diberikan petunjuk oleh Allah.