fbpx

Kongsi Foto Tunai Umrah, Eina Azman Ditegur Netizen 

Baru-baru ini, pelakon Datin Paduka Eina Azman menjadi perhatian apabila memuat naik posting menunaikan ibadah umrah buat kali kedua.

Menerusi posting tersebut, Eina dilihat tidak lokek berkongsikan momen sepanjang berada di sana bersama suami, Datuk Paduka Kaiser dan rakan-rakannya.

BACA: Isu Gelaran ‘Datuk Palsu’ Suami, Eina Azman & Fouziah Gous Terus Membisu

Difahamkan, Eina menyempurnakan nazar membawa suami mengerjakan umrah selepas sembuh daripada jangkitan Covid-19 pada tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@eina_azman)

Perkongsian Eina itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa syukur di atas rezeki Eina yang berpeluang menjadi tetamu Allah.

Bagaimanapun, ada netizen berseloroh mengenai kaca mata atau ‘sunglasses’ yang digayakan pelakon berkenaan dalam pelbagai jenis bentuk.