Nampaknya, pelakon Fathia Latiff sekali lagi mengejutkan ramai dan menimbulkan persoalan netizen apabila memuat naik sekeping gambarnya tidak berhijab dan berambut pendek.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Apa yang pasti ramai yang tidak senang dengan tindakan pelakon itu yang berhijab. Diruangan komen, rata-rata netizen terkejut dan tertanya mengapa pelakon itu memuat naik gambar berkenaan.
BACA: “Masih Belum Ada Kekasih, Harap Ada Yang Sudi Terima”
Bagaimanapun, kurang sejam foto itu dimuat naik, komen pada entri tersebut dipadamkan. Malah, semua gambar Fathia telah dipadamkan daripada akaun tersebut.
Ada segelintir netizen mengatakan mungkin akaun Instagram pelakon itu digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab. Namun, ramai peminatnya memberikan sokongan kepada pelakon itu agar terus istiqomah untuk berhijab.
Kontroversi tersebut sekaligus menimbulkan spekulasi di kalangan netizen yang beranggapan pelakon itu bakal mengikut jejak langkah Emma Maembong yang sebelum ini mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab.
Januari lalu, tersebar di media sosial sebuah video menunjukkan seorang wanita berambut pendek dikatakan mirip pelakon Fathia Latiff.