Bekas isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada menafikan dakwaan dia masih tidak dapat melupakan bekas suaminya itu apabila gambar aktor itu digunakan bagi mempromosikan sebuah produk.
Memetik Oh Bulan, Shuhada berkata dia tidak terlibat dengan konten yang ingin digunakan serta tiada kuasa membabitkan storyline promosi berkenaan.
BACA: Hafidz Roshdi Minta Bekas Isteri Padam Gambar
“Sebenarnya saya sebagai duta untuk jenama Berryshape, memang sudah ada jadual berkala untuk posting dekat social media dan semua semua content kerja itu secara terus daripada Berryshape HQ.
“Saya tiada kuasa dengan storyline atau lagu yang mereka nak pakai atau gambar yang ingin digunakan. Jadi nak cerita pasal saya tak move on ni panjang cerita,” katanya.
Dalam pada itu, Shuhada berkata baginya tiada masalah untuk menggunakan gambar berkenaan kerana boleh didapati menerusi carian Google.
“Apa-apa pun untuk gambar yang digunakan tu pun sebenarnya bukan gambar privasi pun, gambar yang sesiapa boleh cari dekat google. Nothing special, orang tahu.
“Sama ada, pihak Berryshape kaburkan atau tidak, gambar tu memang ada public access untuk semua, jadi bukan masalah besar. Mungkin betul lah netizen cakap dia nak menjaga hati pihak sebelah sana,” katanya.
Terdahulu, Hafidz meminta Shuhada menukar gambar berkenaan atau memadam foto tersebut sebelum dia mengambil tindakan.