Kongsi Foto Dengan Kapsyen Lawak Rogol, Erry Putra Dikecam
Sejak petang tadi, tiba-tiba saja hangat diperkatakan di laman Twitter nama pelakon Erry Putra. Rupanya seorang pengguna Twitter ada memuat naik paparan skin Instagram pelakon berkenaan yang berkongsikan gambar bersama seorang pelakon wanita dengan kapsyen jelek.
Menerusi foto berkenaan, pelakon itu menulis kapsyen ‘rogol time’ bersama beberapa emoji sekaligus mengundang kecaman netizen.
BACA: ‘Baju Melayu Menyusu Anak’ Viral, Erry Putra Dikecam
Pengguna Twitter yang memuat naik paparan berkenaan mempersoalkan tindakan pelakon itu yang disifatkan lawak rogol.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi oleh warga Twitter yang beranggapan tindakan pelakon itu sangat biadap.
Tidak kurang juga, ada yang mengaitkan tindakan Erry itu seolah mengikut jejak langkah pelakon Zul Ariffin memuat naik kapsyen tersebut untuk mempromosikan drama berkenaan.
Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa jijik dengan kapsyen berkenaan serta berpendapat tindakan pelakon itu sangat melampau.
Bagaimanapun, difahamkan gambar tersebut sudah pun tiada, malah akaun media sosial pelakon itu juga ditetapkan dalam mood peribadi.
- SUMBER
- Ohmymedia
Jantan sakit otak byk skrg. Nanti ada la yg sokong.. ujian lah apa lah puih.
Report je la ….. button kt twitter tu kan ada?
X boleh maki2 doakan jek. Netizen semua pun mcm dia ahli maksiat jek.
Sakan noh retis skrg baik laki mahupun perempuan.asyik mtk dikeji dan dikecam je.depa dh lama plan ni.maklum sendu kannn
Salah PenGarah melayu yg suka babak rogol… Pelakon ni kebanyakkan bodoh2 aja akan ikut jadual babak aja.
Kekonon memasing nk dpt pahala free sbb org ngata dia..bodoh
BODOH
rogol tu ayt sensitif bg perempuan..berlakon ke x berlakon ke? baik pk masak2 sebelum nk post tu… sepatut kne buat statement mintak maaf bkn padam post mcm tu jew…
dia ni dh boleh di cop pelakon senior pn masih teringin nk cbe marketing murahan kew…