Kongsi Foto Bercuti, Natasha Hudson Dah Buka Tudung?
Sekian lama menyepi, perkongsian pelakon Natasha Hudson mengejutkan ramai apabila memuat naik foto dan video memaparkan dirinya tidak bertudung.
Berdasarkan posting berkenaan, Natasha tampil dengan imej tersebut di acara Monsoon Wavescape Festival di Pantai Pelindung, Kuantan.
BACA: Natasha Hudson Tuntut Rizman Ruzaini Mohon Maaf
Menerusi satu perkongsian lain, pelakon berusia 39 tahun itu dilihat mengenakan baju-T berwarna putih dan topi berwarna hitam berada di pantai Langkawi pula.
Dalam pada itu, dapat dilihat Natasha sudah terlebih dahulu menutup ruangan komen kedua perkongsian tersebut. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada kenyataan rasmi daripada Natasha berhubung imej terbarunya itu.
Terdahulu, Natasha mula berhijab pada 2012 dan pernah mengenakan niqab sekitar enam tahun lalu sebelum kembali dengan imej tidak berniqab.
Untuk rekod, Natasha pernah berkahwin dan bercerai sebanyak empat kali. Perkahwinan pertamanya bersama Mohd. Faiz Mohd. Raih pada 2006 hanya bertahan selama empat bulan.
Perkahwinan kedua dengan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 hanya bertahan selama dua tahun. Namun, menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Neesa Helena, 14.
Natasha kemudian berkahwin dengan penyanyi hip hop Khalid Kamal 15 April 2012. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Naeema Khaleela, 9, dan Faatimah, 7. Pasangan ini bercerai pada 2018.
Natasha berkahwin kali keempat dengan seorang ahli perniagaan asal Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor pada 7 Disember 2018, namun bercerai pada Oktober 2019.
- SUMBER
- Kosmo!
Berubah memamg semudah abc. Tp istiqamah itu amat umat. Semoga diberikan hidayah kembali menutup aurah.
Tak pakai tudung dosa besar tapi makan rasuah no problem
4x??something wrong with this women..
kt Msia ni, bertudung dianggap menyucikan seseorg
mcm Fathia Latiff bila mcm2 kontroversi, pkai tdg
Uqasha bila mcm2 kontroversi, pkai tdg
Emma maembong bila mcm2 kontroversi, pkai tdg
Natasha hudson bila mcm2 kontroversi, pkai tdg
Anju bila mcm2 kontroversi, pakai tdg
Tdg ni dianggap menutup kesalahan dan menyucikan seseorg dari isu2 yg berlaku
Nak cari yg bertdg dan istiqamah mcm Mizz Nina & noorkhiriah satu dlm sejuta.
Yg bertudung dan penuh drama pun ada mcm lofa & adik beradik, ardell aryana, seboleh2 nk announce they ols masih relevan
Yg bertudung dan keep it low key mcm arwah siti sarah, ernie zakri, cik manggis de fam, sh shahira, ini paling cool. they carry the tudung persona with grace. xde kisah2 merepek, xperlu nk create kontroversi utk stay relevan.
xpela akhirnye dia dh x hipokrit..
dh x perlu berlakon2 kononnye diri tu Alim..
apepn kite doakan dia baik2 jelahhh…
Ujian untuk dia. Kita pula xtau lg bgaimana. Hati sedang berbolak balik. Semoga kita dilindungi dari fitnah dajjal.
tak perlu la nak mengata siapa2. kita pun tak tahu lagi mcmana Allah nk uji kita dan ahli keluarga kita nanti. kadang2 ujian Allah tu datang hasil dari kata2 cacian kita pada orang lain. kata2 tu akan berbalik pada kita semula. kalau kita tak kena, mungkin anak2 atau adik beradik sendiri yang kena. better jaga family sendiri la, moga selamat di dunia dan akhirat, dah nak akhir zaman pun ni. tak perlu nak judge orang. yang mana dah berubah ke arah kebaikan, alhamdulillah, sentiasa minta doa dgn Allah agar istiqomah hingga ke akhir hayat.
Gilos 4x kahwin cerai. Takkan satu laki pun tak mampu bertahan dgn minah ni??? Nampak kau problem di situ Natasha hoii!